Program LGBT parti politik 21 Jun, polis panggil penganjur

BANGI, 6 ZULHIJJAH  — Penganjuran satu program berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) oleh sayap pemuda sebuah parti politik pada 21 Jun ini menerima sebanyak 188 laporan polis setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata laporan berkenaan diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negara sejak isu itu tular minggu lalu.

Sehubungan itu, katanya, polis akan memanggil penganjur program itu bagi dirakam keterangan dalam masa terdekat.

“Setakat ini, polis sudah menerima 188 laporan berkaitan isu berkenaan. Kita akan panggil penganjur untuk temu duga,” katanya ringkas ketika dihubungi Berita Harian, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial berhubung perancangan program dipercayai akan diadakan di Petaling Jaya.

Program itu disifatkan mencetus sensitiviti masyarakat dan bertentangan dengan undang-undang negara yang tidak mengiktiraf sebarang bentuk amalan LGBT.

Kes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ, Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu dalam laman Facebook sayap pemuda parti politik berkenaan pada 31 Mei lalu, menyatakan program itu yang dikatakan bengkel pendidikan berkaitan maklumat kesihatan seksual ditangguhkan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SPRM beku harta, akaun bernilai RM758.2 juta di London berkait isteri Daim, keluarga

Next Post

AKTP hasrat bina semangat kepemimpinan masyarakat

Related Posts