RABU, 8 DISEMBER – Satu peruntukan khusus melarang diskriminasi terhadap pekerja muslim perlu diwujudkan bagi memelihara pekerja Muslim.
Peguam Aidil Khalid berkata setakat ini kerajaan diharap dapat menyegerakan peruntukan undang-undang itu selain melindungi pekerja Islam, pada masa yang sama boleh membantu majikan menguruskan pekerja mereka .
Dalam kenyataan berkenaan, Aidil berkata Seseorang tidak boleh dinafikan hak ke atas sesuatu Pilihan pekerjaan hanya kerana agamanya.
Perkara 18 Universal Declaration of Human Rights -UDHR 1948 memperuntukkan tentang kebebasan beragama dan hak ini iaitu termasuk to manifest his religion or belief in teaching practice and observance.
Prinsip pekerja muslim untuk tidak terlibat dalam menghidang atau menjual arak adalah ajaran islam yang perlu dipertahankan.
Justeru hak ini adalah dibawah hak asasi antarabangsa yang jika dicabuli adalah kesalahan.
Sebaliknya majikanlah yang perlu membuat penyesuaian terhadap skop tugasan diberikan.
Ujar beliau, Malaysia Belum mempunyai undang-undang khas yang melarang majikan daripada mendiskriminasi pekerja Islam.
Terutamanya memaksa meninggalkan arak atau menanggalkan tudung, atau menghidang arak, Namun kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengawal isu ini
Seseorang itu juga tidak boleh dinafikan hak ke atas sesuatu Pilihan pekerjaan kerana agamanya.
Aidil berkata majikan yang tidak memberikan kebenaran untuk solat jumaat juga perlu dihadapkan undang-undang anti diskriminasi yang ketat dan tegas.