Kanak-kanak Gaza parah dalam perang terus bergelut krisis makanan

GAZA, 29 ZULKAEDAH — Seorang wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengungkapkan kesengsaraan luar biasa yang dialami oleh kanak-kanak Gaza yang cedera dan mengalami kekurangan zat makanan susulan sekatan kejam rejim Israel selama 12 minggu di wilayah itu.

Jurucakap WHO, Dr Margaret Harris menggambarkan keadaan menyayat hati di mana tenaga perubatan Gaza berhadapan dengan cabaran merawat kanak-kanak yang luka parah namun tubuh mereka terlalu lemah dan kekurangan daya tahan untuk sembuh.

“Anak-anak kecil ini amat kurus kering, sangat kekurangan zat makanan. Apabila kita cuba melakukan pemindahan kulit pada luka mereka, ia tidak berjaya. 

“Luka tidak sembuh kerana sistem imun mereka telah gagal. Ini adalah duka bertimpa duka, dan satu-satunya penyelesaian adalah gencatan senjata,” ujar Dr Harris.

Masalah jangkitan kuman menjadi serius kerana kekurangan bekalan antiseptik. 

“Mereka hampir tiada bahan untuk membersihkan lantai, tiada antibiotik, malah ramai yang tidak mempunyai sistem imun yang cukup kuat untuk melawan jangkitan,” tambah beliau.

Tenaga perubatan di Gaza juga turut menanggung keletihan melampau, kekurangan makanan, serta tekanan mental yang amat tinggi.

“Mereka mengalami trauma mental yang besar kerana tidak pasti sama ada pesakit yang akan mereka lihat seterusnya adalah anak mereka, saudara, jiran, atau seseorang yang dikenali. 

“Dan mereka hidup dalam ketidakpastian bila detik terakhir mereka akan tiba,” kata Dr Harris.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Akaun Whatsapp Saifuddin Nasution digodam

Next Post

Penganalisis yakin Rafizi kekal Menteri Ekonomi meski tewas pemilihan PKR

Related Posts