Kawasan Melayu perlu diperbaharui, tetapi jangan sampai halau penduduk keluar – Tun Mahathir

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 8 ZULKAEDAH – Kawasan Melayu di Kuala Lumpur memang perlu diperbaharui, tetapi janganlah sampai menghalau penduduk Melayu keluar sehingga bandar ternampak sebagai negara lain, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat sebenarnya tidak menentang pembaharuan bandar dan terdapat cara untuk membaharui kawasan Melayu supaya lebih sesuai dengan bandar moden tanpa merampas tanah mereka.

 

Dr Mahathir berkata, antara contoh yang dilihat ialah pembangunan hotel moden seperti Hotal Royale Chulan di Kuala Lumpur dan Resort Bon Ton di Pulau Langkawi yang mana identiti kemelayuan dikekalkan.

 

Kata beliau, terdapat ramai arkitek di Malaysia yang mampu menghasilkan reka bentuk bangunan yang mempunyai bentuk dan ukiran Melayu. 

 

“Bangunan sampai 10 tingkat pun boleh didirikan. Tingkat-tingkat boleh mempunyai flat mewah di tingkat atas, separuh mewah di tingkat menengah dan murah di tingkat bawah.

 

“Tingkat bawah boleh disedia kedai-kedai comel untuk peniaga kecil. Dinding boleh dilipat  supaya dua atau tiga kedai disatukan. Ini sesuai untuk restoran.

 

“Perniagaan runcit yang semuanya berlainan boleh diadakan di tingkat bawah,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

 

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, pembangunan kawasan Melayu ini boleh diusahakan oleh syarikat milik syarikat atau perbadanan yang memiliki dana besar seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

Katanya, premis tersebut boleh dijual atau disewa dengan bayaran ansuran yang rendah untuk masa yang panjang.

 

“Penduduk Melayu yang memiliki tanah atau rumah perlu dibayar ganti rugi yang adil sehingga mampu beli rumah atau kedai dan berniaga.

 

“Tidak ada pemberian yang percuma. Sedikit atau sebanyak mereka perlu bayar. Mereka perlu dilatih dalam bidang perniagaan

 

“Mereka memang boleh urus perniagaan mereka. Jika tidak tahu mereka perlu sanggup dilatih sebelum memula perniagaan. Mereke mesti simpan akaun secara tertib,” ujarnya.

 

Tambah beliau pembinaan bangunan-bangunan yang menumpu kepada mengetengahkan budaya tempatan berbentuk Melayu juga berpotensi memikat pelancong dari luar dan dalam negara.

 

Ujarnya lagi, amat menyedihkan apabila pelawat asing dibawa ke Kampung Baru yang tidak mencerminkan kemajuan yang sudah dicapai oleh orang Melayu Kuala Lumpur.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Subsidi bersasar: Mana definisi ‘T15’ yang kerajaan janji nak jelaskan? – Radzi

Next Post

Melayu itu bangsa, Malaysia adalah negara, NASIONALIS bidas Kit Siang

Related Posts