Melayu itu bangsa, Malaysia adalah negara, NASIONALIS bidas Kit Siang

Oleh: Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 8 ZULKAEDAH – Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dibidas selepas mempertikai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendiriannya mengenai Melayu dahulu atau rakyat Malaysia dahulu. 

 

Pengerusi Gabungan NASIONALIS,, Aminuddin Yahya berkata, kenyataan Kit Siang itu menunjukkan bahawa beliau tidak faham sejarah penubuhan negara.

 

“Ia berniat jahat untuk mengelirukan rakyat terutama orang Melayu. Melayu itu bangsa, manakala Malaysia itu negara. Mana boleh sama.

 

“Inilah konsep Malaysian Malaysia yg mereka perjuangkan sejak dahulu dan seterusnya. Mereka mahu menghapuskan bangsa Melayu secara tidak langsung,” katanya kepada TV Pertiwi.

 

Media melaporkan, Kit Siang dalam satu kenyataan bertanya kepada Muhyiddin sejak bila bekas Perdana Menteri itu mengubah pendirian daripada ‘Melayu dahulu’ kepada ‘Rakyat Malaysia dahulu’. 

 

“Adakah dia bersedia untuk mengetuai kempen menggesa rakya Malaysia untuk melihat diri mereka berdasarkan kerakyatan mereka dahulu, dan etnik mereka kemudian?” katanya dalam satu kenyataan. 

 

Pada tahun 2010, Lim mencabar Muhyiddin yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri sama ada beliau melihat dirinya sebagai rakyat Malaysia atau orang Melayu dahulu. 

 

Muhyiddin kemudian berkata beliau adalah Melayu dahulu atau ‘Malay first’.

 

Beliau dalam satu majlis bersama Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) menjelaskan pendirian tersebut tidak lagi penting dan Ahli Parlimen Pagoh itu berkata beliau tidak melihat dirinya sebagai “hanya orang Melayu.” 

 

Aminuddin dalam pada itu menambah, pertanyaan yang diutarakan Kit Siang itu adalah taktik golongan yang mahu mengelirukan rakyat. 

 

“Apabila rakyat keliru mereka mengemukakan naratif versi yang memihak kepada kefahaman mereka.”

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kawasan Melayu perlu diperbaharui, tetapi jangan sampai halau penduduk keluar – Tun Mahathir

Next Post

Penyokong kuat PMX kritik sidang khas Parlimen, dakwa kerajaan tiada hala tuju sebenar

Related Posts