Semua ada hak beragama, bukan hak bina rumah ibadat sesuka hati atas tanah orang – GPS

Oleh Akmal Ahmad 

 

BANGI,29 SYAWAL- Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menegaskan istilah kuil haram merujuk kepada pembinaan rumah ibadat tanpa mendapat kebenaran tuan tanah.

 

Justeru Ketua Pegawai Eksekutif GPS, Mohd Noorulhazry Saimin berkata, istilah ‘kuil haram’ atau dalam konteks isu semasa iaitu ‘rumah ibadat haram’ bukannya  soal sentimen kaum atau agama, tetapi soal undang-undang.

 

Beliau berkata, mana-mana bangunan sama ada masjid, kuil, tokong, gereja kalau dibina tanpa kebenaran sah, memang dikira haram dari sudut undang-undang tanah negara kita.

 

“Bila Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI), P Ramasamy dakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim normalisasikan istilah ‘kuil haram’, sebenarnya dia cuba alih perhatian.

 

“Sebenarnya istilah itu wujud sebab memang ada peraturan yang perlu semua pihak ikut, tak kira agama apa sekalipun,” katanya kepada TV Pertiwi. 

 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas istilah penggunaan kuil haram yang didakwa dinormalisasikan Anwar Ibrahim. 

 

 

Menurut Noorulhazry, undang-undang tanah moden seperti Kanun Tanah Negara 1965 sudah lama di kuatkuasakan. 

 

“Ya semua orang ada hak beragama, tapi semua juga tertakluk pada undang-undang dan keselamatan awam.

 

“Kita tidak boleh benarkan mana-mana pihak guna alasan agama untuk halalkan binaan yang melanggar undang-undang. Ini penting untuk jaga keadilan semua rakyat, bukan untuk satu kaum atau satu agama saja.

 

“Jadi GPS nak pesan, jangan bakar sentimen. Kalau ada kuil atau tempat ibadat yang bermasalah status tanahnya, kita selesaikan dengan adil dan berhemah, bukan jadikan undang-undang sebagai kambing hitam,” tegasnya. 

 

Terdahulu, Ramasamy membidas kenyataan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang menggesa Anwar supaya mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan istilah haram ketika merujuk kepada kuil Hindu.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Salah papar Jalur Gemilang tak wajar berlaku terutama melibatkan institusi penting – ISMA

Next Post

Dakwa sentimen anti-Hindu semakin meningkat berpotensi cetus kekecohan

Related Posts