PMX digesa selesai isu Kampung Sungai Baru seperti selesai isu kuil

Oleh Akmal Ahmad 

 

BANGI,11 SYAWAL – Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya tidak menjadi Perdana Menteri ‘populis’ hanya pada kaum-kaum tertentu sahaja dengan meminggirkan pelbagai permasalahan orang Melayu di negara ini.

 

Ahli politik PEJUANG, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, amat tidak logik di tanah air sendiri tidak dibenarkan bercakap mengenai permasalahan orang Melayu yang kononnya tertakluk di bawah peraturan 3R. 

 

“ Amat tidak logik di tanahair sendiri kita tidak boleh bercakap mengenai permasalahan orang-orang Melayu yang kononnya tertakluk di bawah peraturan raja, agama dan kaum (3R).

 

“3R bukan undang-undang yang sah kerana ia tidak pernah dibentangkan serta tidak pernah diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

 

“Jangan sesiapa pun takut dengan peraturan 3R selagi tidak mempunyai unsur-unsur provokasi,” katanya dalam kenyataan media hari ini. 

 

Menurut Khairuddin, orang-orang Melayu khususnya penduduk Kampung Sungai Baru harus bersatu sekiranya mahu menyelesaikan isu pengambilan tanah tersebut secara ‘zalim.’

 

“Permasalahan orang-orang Melayu adalah kerana kita berpecah-belah dan tidak bersatu hati bagi menyelesaikan semua masalah.

 

“Kadang kala sukar hendak salahkan orang lain dalam apa jua permasalahan orang-orang Melayu kerana kita sendiri tidak boleh bersatu bagi menyelesaikan masalah sendiri.

 

“Namun, apa pun Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu gemar mempamerkan dirinya sebagai tokoh berjiwa Melayu dan Islam yang kental tetapi bila beliau menjadi Perdana Menteri prinsip tersebut sudah hilang pada dirinya,” ujarnya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

JAIS digesa umum tarikh pembinaan masjid untuk elak tanah diceroboh

Next Post

‘Laporkan isu buli terus kepada saya’ – Asyraf Wajdi

Related Posts