Mufti Perlis tak setuju masjid dibina bersebelahan kuil

Oleh Balqis Idris

 

BANGI, 26 RAMADAN — Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin tidak bersetuju dengan cadangan membina masjid bersebelahan dengan kuil. 

 

Beliau berkata, ia berikutan kes yang pernah berlaku membabitkan ketegangan di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada 1998.

 

“Dahulu, ketegangan Kampung Rawa berpunca dari kuil yang dibina bersebelahan masjid sehingga mencetuskan kekacauan dan pergaduhan antara agama.

 

“Jangan cuba cadangkan satu penyelesaian yang bakal membawa ketegangan bahkan kemusnahan yang tidak akan berkesudahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam. 

 

Pada Mac 1998, satu insiden pergaduhan tercetus membabitkan kumpulan dari sebuah masjid dan satu lagi kumpulan dari Kuil Hindu Raja-Raja Maduraiveeran yang terletak bersebelahan di Jalan Patani, Jelutong, Pulau Pinang.

 

Pada minggu lalu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membina Masjid Madani di sebelah Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India agar isu keberadaan kuil itu dapat diselesaikan.

 

Bagaimanapun, isu itu telah diselesaikan apabila pihak kuil bersetuju untuk berpindah ke tapak berkeluasan 4,000 kaki persegi kira-kira 50 meter dari tapak asal.

 

Isu itu menjadi kontroversi apabila pihak kuil bersama NGO membantah rancangan pemilik tanah, syarikat tekstil, Jakel Tradings untuk membina masjid di tapak berkenaan. 

 

Hari ini, Anwar telah merasmikan majlis pecah tanah dan peletakan batu asas pembinaan Masjid MADANI di tanah wakaf milik Jakel, di tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, Jalan Masjid India.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PERKASA gesa siasat dalang persatuan promosi fahaman Komunis

Next Post

1 kanak-kanak dibunuh di Gaza setiap 45 minit

Related Posts