KHAMIS, 18 NOVEMBER – Parti PUTRA hadir pada Pilihan Raya Negeri Melaka bukan mahu memecah belahkan orang melayu sebaliknya mahu menyatupadukan orang melayu pada taraf hidup yang lebih baik.
Calon Putra bagi Dun Pengkalan Batu, Profesor Doktor Mohd Aluwi Sari, berkata PUTRA mempunyai matlamat yang sangat jelas untuk pembangunan minda masyarakat orang melayu atau bumiputera itu sendiri.
Prof DR Mohd Aluwi Sari selaku Calon PUTRA Dun Pengkalan Batu berkata :
“Sebenarnya ini pandangan individu pada hemahnya saya yakin dan percaya bukannya satu parti yang ingin memecahbelahkan orang melayu atau bangsa Melayu ataupun bumiputera itu sendiri bukan sebab dalam pengamatan saya bersama parti-parti dalam pengamatan saya bersama parti-parti lain sebelum ini adalah salah satu parti yang kita fikirkan yang mempunyai matlamat yang sangat jelas untuk pembangunan minda masyarakat orang melayu atau bumiputera itu sendiri.”
Dalam pada itu, katanya Perjuangan PUTRA jelas mahu Mendaulatkan agama Islam, mengambil tahu hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.
Beliau yakin, dengan matlamat yang jelas pihaknya dapat membantu rakyat terutama dalam soal kebajikan.
“Di parti Putra ini kita hanya konsep satu sahaja iaitu bersih bermoral dan integriti itu adalah matlamatnya. Saya pernah bersama kerajaan negeri saya ucapkan terimakasih kepada kerajaan terdahulu memberi ruang dan peluang dan mungkin ada perkara yang saya angkat untuk terjemahkan contoh-contohnya dah ternyata dan saya yakin seluruh rakyat negeri Melaka yang mengenali diri saya ini bukan hanya di dun pengkalan batu sahaja mungkin saya boleh bantu kerajaan ketika itu nanti sekiranya wadah ini diberikan kepada saya sebab kebajikan kepada rakyat ini sangat penting.”
Dun Pengkalan Batu menyaksikan pertembungan 5 penjuru iaitu Aluwi Sari mewakili Parti Putra, Kalsom Nordin Barisan Nasional, Muhamad Danish Zainudin Pakatan Harapan, Mohd Azrudin Md Idris Perikatan Nasional dan Datuk Norhizam Hassan Baktee Bebas.