PERKASA gesa siasat dalang persatuan promosi fahaman Komunis

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 26 RAMADAN – Pihak berkuasa termasuk kerajaan digesa segera menyiasat dakwaan kewujudan persatuan yang menyebarkan fahaman Komunis di Malaysia.

 

Justeru, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kedah membuat dua laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda berhubung video Persatuan Promosi Penyatuan Secara Aman Satu China yang dipercayai menyerapkan fahaman komunis di negara ini.

 

“PERKASA Kedah mengecam seruan yang dimuat naik di video ini kerana ianya boleh menggugat kedaulatan negara yang menolak segala anasir dan fahaman komunis dari dibawa masuk ke Malaysia.

 

“Pihak berkuasa terutamanya PDRM digesa untuk segara menyiasat dakwaan persatuan itu dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Kelmarin, mantan Yang Dipertua Dewan Negar, tan Sri Dr Rais Yatim membuat laporan polis berhubung satu hantaran video mengenai kegiatan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikhuatiri menyebarkan fahaman komunis.

 

Menurut beliau, video berdurasi 2 minit 57 saat yang diterimanya itu membabitkan sebuah NGO dikenali sebagai Persatuan Promosi Penyatuan Secara Aman Satu China di Malaysia.

 

“Dalam klip video itu dinyatakan bahawa badan atau organisasi itu tidak berdaftar dan mempromosi unsur-unsur prasangka yang merumitkan keselamatan dalam negeri.

 

“Bagi seseorang atau sekumpulan aktivis yang mempromosi ajaran dan kepentingan Komunis di Malaysia, ini dikhuatiri akan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya seperti dilapor Harakahdaily.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

LTAT agih dividen 5%, bonus 0.25%

Next Post

Mufti Perlis tak setuju masjid dibina bersebelahan kuil

Related Posts