Isu kuil: Hanya capai ‘menang-menang’ bila pihak penceroboh dihukum – Firdaus Wong

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 26 RAMADAN – Isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman hanya akan mencapai status ‘menang-menang’ apabila pihak penceroboh tanah didenda dan dihukum kerana melakukan jenayah menceroboh, kata pendakwah bebas Firdaus Wong.

 

Selain itu, beliau berkata, pihak Jakel Trading selaku pemilik tanah perlu mendapat ganti rugi dari pihak yang menceroboh kerana menyebabkan pembinaan masjid tertangguh selama 10 tahun.

 

Terdahulu, Firdaus turut mengucapkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa kerana memberi maklum balas terhadap soalan yang dibangkitkan beliau.

 

Bagaimanapun, Firdaus berkata, penjelasan yang diberikan Zaliha masih tidak lengkap dan masih ada persoalan yang belum dijawab.

 

“Cuma Dr (Zaliha) masih belum menjawab satu lagi persoalan saya tentang adalah tanah itu dibeli pihak kuil atau diberikan secara percuma kepada mereka?

 

“Saya bukan ahli politik dan tidak ada kepentingan politik.

 

“Saya tidak bersetuju mengkritik tindakan kerajaan terdahulu dari zaman BN (Barisan Nasional) kepada PH (Pakatan Harapan) kepada PN (Perikatan Nasional) dan terkini yang memberikan tanah percuma kepada penceroboh yang membina rumah ibadat secara haram,” ujarnya.

 

Firdaus berkata demikian menerusi hantaran di Facebook semalam.

 

Terdahulu, Zaliha menjelaskan bahawa dakwaan kerajaan memberi pampasan berjumlah RM2 juta kepada Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman adalah tidak benar.

 

Malah, katanya kerajaan tidak pernah menjanjikan atau meluluskan sebarang bentuk pampasan kepada pihak kuik seperti yang digambarkan pendakwah bebas itu. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dakwaan pihak kuil dapat pampasan RM2 juta tidak benar – Menteri

Next Post

KPM laksana pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid

Related Posts