Jabatan Mufti larang guna ChatGPT tentukan fatwa, hukum syarak

Oleh Wartawan TV Pertiwi

BANGI, 16 RAMADAN Jabatan Mufti Negeri Sembilan menegaskan ChatGPT tidak boleh digunakan untuk mendapatkan fatwa atau pandangan hukum syarak. 

 

Jabatan itu mendakwa ChatGPT hanya boleh digunakan sebagai alat bantu sahaja dan bukan sumber maklumat utama menentukan hukum syarak. 

 

“Pengguna perlu menggunakan bahasa yang jelas dan mudah ketika berinteraksi dengan ChatGPT. Kaedah ini dapat membantu ChatGPT memberikan maklumat yang relevan.

 

“Pengguna perlu memeriksa dan memastikan maklumat hukum syarak yang diperoleh daripada ChatGPT dengan membuat rujukan silang kepada kitab-kitab rujukan yang muktabar. 

 

“Sekiranya tidak boleh berbuat demikian, pengguna dinasihatkan untuk membuat pertanyaan kepada Jabatan Mufti atau pihak yang berautoriti,” katanya.

 

Jabatan Mufti Negeri Sembilan berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas penggunaan ChatGPT sebagai rujukan hukum syarak.

 

Katanya, warga maya dikehendaki mendapatkan bantuan daripada Jabatan Mufti atau alim ulama bagi memastikan hukum syarak daripada ChatGPT adalah tepat. 

 

“Langkah ini penting bagi memastikan hukum syarak itu selaras dengan Al-Quran, hadis, ijmak ulama, qiyas dan fatwa yang sudah diputuskan. 

 

“Pengguna hendaklah mengutamakan keputusan fatwa yang diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan sekiranya terdapat perbezaan keputusan hukum daripada ChatGPT.

 

“Maklumat yang diberikan oleh ChatGPT perlu disaring mengikut aliran Ahli Sunnah Waljamaah dan tidak boleh dianggap sebagai fatwa atau pandangan hukum yang tepat,” katanya. 

 

Jabatan itu memaklumkan ChatGPT mempunyai kelemahan dari segi penyaluran maklumat khususnya maklumat yang tidak berkaitan dengan input yang dimilikinya.

 

Katanya, ia terdedah kepada Halusinasi Kecerdasan Buatan (AI) yang boleh mengakibatkan penyampaian hukum syarak yang salah, keliru atau direka.

 

“Pengguna hendaklah bertanggungjawab sebagai seorang Muslim terhadap keputusan hukum syarak yang diperolehi daripada ChatGPT.

 

“ChatGPT tidak boleh dianggap sebagai pegangan dalam pengambilan hukum syarak,” katanya. 

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiga universiti rugi, pensyarah dakwa banyak bajet dipotong

Next Post

53 terbunuh serangan AS, Houthi tetap sasar kapal Israel

Related Posts