Jangan salah tafsir, pempengaruh dakwa Thaipusam lebih teruk

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 6 RAMADAN — Pempengaruh media sosial menggesa penganut Hindu tidak terus melemparkan kritikan terhadap penyampai radio ERA. 

 

Datin Sumitra Ramachandran berkata tiada penghinaan dilakukan penyampai radio itu kerana upacara Thaipusam sendiri dicampuri perilaku tidak wajar.  

 

“Ini merupakan salah tafsir sebab benda yang ditunjukkan kepada anda sebegitu. Bila pergi ke Thaipusam, berapa orang yang betul-betul bawa susu untuk pergi sembahyang?

 

“Berapa orang yang sembahyang, saya tidak pasti. Dengar muzik dekat sana lagi teruk, ini baru vel, vel dia menari macam itu. Kalau pergi Thaipusam, semua pun menari macam itu.  

 

“Jadi tolonglah kalau hendak salahkan orang lain terlebih dahulu, betulkan diri kita. Betulkah benda yang kita buat dekat Thaipusam itu?” soanya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi video seminit yang dimuat naik di akaun Tiktok Farmasi Everlife kelmarin.

 

Setakat berita ini ditulis, video yang sudah dipadamkan itu ditonton lebih empat juta kali dengan 11,200 komen dan disukai 97,400 warga maya.    

 

Sumitra berkata perayaan Thaipusam kini sudah mula membawa naratif asing apabila terdapat unsur luar keagamaan turut disambut penganut Hindu. 

 

“Kata mahu bawa Kavadi, tiba-tiba ada Liverpool, ada Manchester United. Tuhan kitakah itu? Saya pun tidak pasti. Minta maaf kalau saya salah. Ini mesti hendak mula kutuk,” katanya.

 

Tiga penyampai radio ERA mengundang kontroversi selepas video yang dikatakan menghina penganut Hindu tular di media sosial. 

 

Penyampai berkenaan sudah direhatkan dan sudah dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis kelmarin.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PETA desak polis dedah punca sebenar pegawai maut di MoF

Next Post

Fahami kaedah penentuan waktu solat, elak insiden berbuka sebelum masuk waktu – Norazam

Related Posts