Oleh Wartawan TV Pertiwi
BANGI, 20 Rejab — Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) bercadang menjadikan Indonesia sebagai negara penghijrahan sementara dua juta rakyat Gaza dalam usaha pemulihan Palestin.
Sumber rasmi rundingan gencatan senjata memaklumkan Donald Trump mempertimbangkan pilihan itu dalam usaha membangunkan semula Gaza yang hancur dibedil Israel, lapor NBC.
“Persoalan masih berbangkit bagaimana untuk membangunkan semula Gaza dengan di mana dua juta rakyatnya boleh dipindahkan untuk tempoh itu.
“Indonesia sebagai contoh antara lokasi yang dalam perbincangan di mana sebahagian mereka boleh dipindahkan,” kata sumber itu yang enggan dinamakan.
Sementara itu, sumber itu memaklumkan, Utusan khas Trump ke Asia Barat, Steve Witkoff akan mengadakan lawatan ke Gaza bagi meninjau perkembangan gencatan senjata.
Katanya, lawatan itu antara usaha Witkoff dalam memastikan gencatan senjata berterusan dengan kesemua tiga fasa berjaya dicapai.
“Jika kami tidak membantu rakyat Gaza, tidak memberikan mereka harapan kehidupan lebih baik, maka akan berlaku pemberontakan.
“Perlu diingat masih banyak yang radikal dan fanatik. Bukan sahaja dari Hamas tetapi puak kanan Israel yang mungkin merosakkan proses gencatan senjata.
“Jadi perlu lihat sendiri, rasa sendiri,” kata sumber itu.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
Ikuti media sosial TV PERTIWI: