Oleh Wartawan TV Pertiwi
Kumpulan pejuang Hizbullah mengesahkan pegawai perhubungan medianya, Mohammed Afif terbunuh dalam serangan 15r43l semalam.
Associated Press yang memetik sumber rasmi kumpulan pejuang itu berkata Afif terbunuh dalam serangan 15r43l di kota Beirut.
Serangan yang menyasarkan bangunan di kejiranan Ras Al-Nabaa menjadi tumpuan selepas pembunuhan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah hujung September lalu.
Afif merupakan pimpinan yang dekat dengan Nasrallah dan bertanggungjawab terhadap urusan media dengan memberikan maklumat kepada wartawan.
Beliau menyertai Hizbullah pada usia yang muda dengan dilantik sebagai pengarah penerangan stesen televisyen Al-Manar pada 2006.
Selepas kematian Nasrallah, Afif mengadakan beberapa sidang media di selatan Lubnan termasuk pada bulan lalu yang tergendala akibat ancaman 15r43l.
15r43l sebelum serangan yang mengorbankan Afif sudah mengeluarkan amaran awal untuk mengosongkan kawasan Hadath, Burj al-Barajneh, Chiyah dan Haret Hreik.
Media Lubnan mendakwa serangan yang memusnahkan bangunan kediaman 12 tingkat turut mengorbankan dua tentera dan tiga mangsa lain di selatan negara itu.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI