Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan sulit, Dr Zaliha jawab Setpol SPM

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 9 Rejab — Menteri Wilayah Persekutuan menegaskan kerajaan tidak akan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum. 

 

Dr Zaliha Mustafa berkata laporan berkenaan adalah dokumen sulit dan merupakan hak eksklusif Lembaga Pengampunan, lapor Malaysia Gazette. 

 

“Minit mesyuarat adalah perkara sulit. Jadi kita tidak boleh buat perkara itu ‘open’. Itu hanya hak Lembaga Pengampunan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kiosk Sentuhan Madani di Putrajaya hari ini.

 

Dr Zaliha diminta mengulas gesaan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri yang mahu minit mesyuarat Lembaga Pengampunan didedahkan kepada umum. 

 

Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata dengan pendedahan itu ia mampu menghentikan spekulasi rakyat berhubung kewujudan titah adendum.

 

Desakan pendedahan titah adendum semakin giat disuarakan selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. 

 

Dr Zalha merupakan panel Lembaga Pengampunan yang turut diwakili Peguam Negara ketika itu Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. 

 

Ahmad Terrirudin yang kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan bagaimanapun enggan mengulas mengenai kewujudan titah adendum semalam.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

SKMM rakam percakapan ADUN PAS berhubung hantaran berkaitan PM

Next Post

Israel kenakan syarat baharu dalam rundingan gencatan senjata

Related Posts