Israel kenakan syarat baharu dalam rundingan gencatan senjata

Israel mengenakan syarat baharu yang dilihat akan menhalang kepulangan rakyat Gaza.

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 10 Rejab — Seorang pegawai kanan Palestin mengesahkan rundingan gencatan senjata hampir menemui jalan buntu selepas Israel mengenakan syarat baharu.

 

Sumber yang enggan dinamakan itu berkata wakil kedua-dua pihak masih meneliti terma dan syarat rundingan gencatan senjata menggesa agar ia dipermudah, lapor Reuters. 

 

“Israel berkeras untuk kekal berada dalam radius satu kilometer di sempadan utara dan timur Gaza yang akan menghalang penduduk pulang ke rumah masing-masing. 

 

“Ia bertentangan dengan apa yang dipersetujui pada Julai tahun lalu. Ini menjejaskan rundingan untuk mencapai persetujan. 

 

“Wakil rundingan sedang menggesa Israel untuk kembali kepada apa yang sudah dipersetujui,” katanya.  

 

Seorang lagi pegawai kanan Palestin menegaskan walau rundingan belum membuahkan hasil namun ia tidak bermaksud hasil perbincangan kini tidak positif. 

 

Katanya, rundingan masih berjalan dan perunding sedang meneliti perjanjian itu secara terperinci.

 

Terdapat kejayaan kecil apabila jurang sedia ada dapat dikecilkan tetapi belum ada perjanjian dimuktamadkan,” katanya yang enggan dinamakan. 

 

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden bagaimanapun optimis dengan rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung. 

 

Katanya, rundingan itu dilihat akan membuahkan hasil dengan pertukaran tahanan dijangka akan berlaku.

 

“Kita dapat melihat perkembangan,” katanya dalam satu sidang media di Rumah Putih semalam selepas mengadakan pertemuan dengan wakil rundingan. 

 

Israel pada Selasa mendakwa komited untuk menjayakan rundingan gencatan senjata namun kecewa dengan syarat yang dikenakan Hamas.

 

Hamas mendakwa gencatan senjata hanya akan berlaku jika Israel bersetuju mengundurkan tenteranya dari Gaza dan menamatkan serangan penuh.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Ikuti media sosial TV PERTIWI:

 

https://x.com/TvPertiwi

https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/

https://t.me/tvpertiwi

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan sulit, Dr Zaliha jawab Setpol SPM

Next Post

Ekstremis Israel desak kawalan penuh di Gaza sebaik Trump ambil alih jawatan

Related Posts