Jenayah meningkat, Chegubard kasihan polis siasat ‘musuh’ kerajaan

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Aktivis politik, Chegubard mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering dipersalahkan atas peningkatan kadar jenayah dalam negara. 

 

Chegubard, nama popular Badrul Hisham Shaharin, berkata masalah itu berpunca daripada PDRM sering dikerah untuk menyiasat kes tidak penting. 

 

“Kasihan pada PDRM bila jenayah naik, mereka dikritik sedangkan mereka terpaksa buang masa penuhi kehendak rejim. 

 

“Masa Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi pembangkang, macam-macam beliau kata kepada polis tetapi bila ada kuasa rupanya beliau lebih teruk,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas siasatan terbaru pihak polis.

 

Katanya, polis sewajarnya dilibatkan sepenuhnya membanteras jenayah dan bukan siasatan memenuhi kehendak kerajaan. 

 

“Keadaan rakyat yang makin susah dan tertekan menyebabkan kadar jenayah meningkat. 

 

“PDRM yang sepatutnya menumpukan kerja hadapi penjenayah pula ditekan, disusahkan untuk kerja menekan lawan dan kritikan politik rejim penguasa,” katanya. 

 

Chegubard mengulas penahanan pempengaruh media sosial Ryan Wong dan soal siasat pihak polis terhadap pereka grafik, Fahmi Reza. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Kritik pemerintah, penguasa dengan seni dan satira bukan jenayah’ – Fahmi Reza

Next Post

PBB kesal Israel hanya benarkan 17 peratus bantuan masuk ke Gaza

Related Posts