Oleh Wartawan TV Pertiwi
Bekas Presiden Syria mendakwa pemergiannya ke Rusia tidak dirancang dan didorong kepada keadaan semasa kekuatan tentera.
Bashar Al-Assad berkata kenyataannya juga lewat dikeluarkan ekoran masalah komunikasi sejak minggu lalu.
“Dalam insiden ini, saya tidak memutuskan untuk meletak jawatan atau melarikan diri.
“Satu-satunya pilihan adalah untuk terus bertempur dengan serangan pengganas,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Telegram.
Assad minggu lalu melarikan diri ke Rusia selepas pejuang Hayat Tahrir Al-Sham (HTS) berjaya menguasai beberapa bandar utama di Syria.
Bagaimanapun menerusi kenyataan yang disiarkan semalam, Assad berkata beliau meninggalkan Damsyik untuk ke Lattakia melawat pangkalan tentera yang dikendalikan Rusia.
Katanya, pada ketika itu semua angkatan tentera sudah berundur menyebabkan barisan pertahanan terakhir tidak dilindungi.
“Dalam masa sama kumpulan bersenjata menyerang Pangkalan Hmeimim dengan menggunakan dron dan Moscow mengarahkan keluar segera pada hari sama,” katanya.
Assad berkata, beliau tidak mengeksploitasi keadaan di Syria untuk kepentingan peribadi dan menolak tawaran pihak tertentu.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI