Pelantikan Musa Aman: Fahmi minta Amira rujuk Perlembagaan Negeri Sabah

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil membidas kenyataan yang dibuat oleh Pemangku Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abdul Aziz berhubung pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

 

Menurut Fahmi, pelantikan itu adalah di bawah bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong seperti yang termaktub dalam Perkara 1(1) Perlembagaan Negeri Sabah.

 

“Sebelum YB (Amira) membuat kenyataan tanpa asas fakta seperti ini, seharusnya YB teliti dahulu Perkara 1(1) Perlembagaan Negeri Sabah yang jelas menyatakan tugas dan tanggungjawab dalam pelantikan TYT Sabah,” kata Fahmi dalam ciapan di X.

 

Ciapan itu adalah sebagai ciapan balas ekoran daripada kenyataan dibuat oleh Amira dalam platform media sosial berkenaan.  

 

Terdahulu, Musa dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 berkuat kuasa 1 Januari 2025 menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.

 

Susulan itu, Amira yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang hipokrit.

 

“Dulu kata nak lawan rasuah, hari ini orang yang mereka dulu kata perasuah dapat jawatan.

 

“Orang yang mereka panggil perasuah boleh jadi Timbalan Perdana Menteri, boleh pegang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan boleh jadi TYT negeri,” katanya menerusii ciapan di X hari ini.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lepas seminggu, Assad dakwa tiada niat tinggalkan Syria

Next Post

Pelantikan Musa Aman: MUDA persoal pendirian kerajaan

Related Posts