Hilang Batu Puteh, Puad cadang denda Tun Mahathir RM1,000

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mendakwa pendakwaan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad penting bagi merungkai misteri lebih besar.

 

Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata selain siasatan, Tun Mahathir juga wajar didenda bagi memberikan pengajaran kepada generasi akan datang. 

 

“Sebab itu mendakwa Tun Mahathir amat penting. Semoga banyak misteri terbongkar. Tun Mahathir patut didenda jika bersalah.

 

“Denda itu sudah memadai sebagai ‘ganti rugi’ kerana menjual kedaulatan negara. Denda RM1,000 pun OK. 

 

“Ia simbol pengajaran untuk anak cucu jangan memandai jual maruah negara kerana dendam politik,” coretnya dalam satu kiriman di Facebook miliknya hari ini.

 

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diedarkan kepada ahli parlimen minggu lalu mengesyorkan Tun Mahathir disiasat. 

 

Katanya, Tun Mahathir wajar disiasat atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 415 (b), 417 dan 418 Kanun Keseksaan. 

 

Dalam perkembangan sama, Puad mempersoalkan kenyataan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin yang menggesa Malaysia menuntut ganti rugi dari Singapura. 

 

Katanya, ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri ketujuh, Malaysia membatalkan projek kereta api laju (HSR) ke Singapura dan terpaksa membayar ganti rugi.

 

“Hendak tanya Kadir, ganti rugi dari siapa? Dari Singapura? Malaysia tak pasal-pasal membayar ganti rugi kepada Singapura kerana projek HSR dibatalkan oleh Tun Mahathir.

 

“Sebab itu Tun Mahathir mesti disiasat. Apakah mungkin ada kaitan membatalkan semakan kehakiman Batu Puteh dengan setuju membatalkan projek HSR?” soalnya. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RM1 pun duit kami! Persatuan pengguna selar bank kaut jutaan ringgit

Next Post

Zahidi sertai PKR, sasar rampas Perlis dari PN

Related Posts