Sudah Beritahu PM, Segera Adakan Pilihan Raya Umum – Tok Mat

(Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan)
(Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan)

ISNIN, 22 NOVEMBER – Pilihan Raya Umum Ke-15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN) telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata :

“… beliau menyuarakan pandangan itu kepada Perdana Menteri pada Sabtu selepas sahaja BN memenangi PRN Melaka”.

Sementara itu, mengenai kemenangan BN di Melaka, Mohamad berkata, ia merupakan keputusan daripada rakyat Melaka yang jelas memberikan isyarat bahawa mereka mahukan kerajaan yang stabil, kesejahteraan, kemakmuran kepada negara dan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional – PERSONA Kali Ke-6 Sesi 2020 hari ini

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

GKP 4.0 fasa 2 dibayar mulai 23 November ini

Next Post

Perlu Lebih Ramai Calon Muslim Bertanding – BERJASA

Related Posts