Elaun ratus ribu ringgit, Syed Saddiq selar menteri sokong akta tindas rakyat

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menyelar kerajaan campuran kerana mencadangkan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia. 

 

Ahli Parlimen Muar itu berkata pemimpin kerajaan sebelum ini menentang keras akta tersebut yang dilihat memangsakan pengkritik kerajaan. 

 

“Dulu orang sama yang berguling-guling di jalan raya memanggil akta ini akta zalim, akta regresif. Kini bukan setakat mempertahankan akta tersebut tetapi, siap memperkukuhkan. 

 

“Supaya rakyat boleh kena saman sehingga RM500,000, boleh kena penjara dua tahun kerana menyakiti hati mereka.

 

“Merekalah golongan paling tersakiti. Dahulu mereka ditindas dengan akta ini, kini yang ditindas dahulu ingin menindas orang lain pula,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian ketika sidang Dewan Rakyat hari ini membahaskan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia. 

 

Katanya, apa yang dijanjikan kerajaan untuk menghapuskan akta drakonian hanya janji tinggal janji. 

 

“Janji hanya tinggal janji, manifesto boleh dibakul sampahkan kerana yang ditindas mahu menindas pula. 

 

“Saya rasa kalau mereka berada di kerusi pembangkang sekarang ini saya rasa mereka akan guling-guling dari Perlis ke Sabah.

 

“Sekarang mereka tidak berguling kerana elaun sahaja sudah beratus ribu dalam poket mereka,” katanya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mohd Dusuki pilihan terbaik, paling bijak jadi Peguam Negara, kata Kulasegaran

Next Post

Exco Selangor mohon maaf, penyanyi rap ‘terganggu’ serbuan PBT

Related Posts