Tutup, tinggalkan perniagaan untuk solat Jumaat bagi lelaki Islam di Johor

Oleh: Wartawan Pertiwi 

 

BANGI, Selasa – Pemilik premis perniagaan dan pelanggan lelaki yang beragama Islam di Johor diwajibkan untuk secara terus meninggalkan urusan perniagaan atau menutup sementara premis ketika solat Jumaat. 

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, perkara tersebut diumumkan bagi membolehkan lelaki Islam untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat di masjid berdekatan. 

 

Kata beliau, kelonggaran pula diberikan kepada pelanggan, pemilik atau pekerja wanita Islam untuk terus menjalankan urusan perniagaan di premis masing-masing. 

 

“Mereka yang kena tinggalkan jual beli ini adalah orang lelaki, orang Islam, maka orang inilah jangan berniaga dan jangan bekerja (ketika solat Jumaat).

 

“Kenapa lelaki Islam pergi makan ketika solat Jumaat, kenapa berniaga ketika orang sembahyang Jumaat.

 

“Kita akan laksanakan penguatkuasaan bagi memastikan semua lelaki yang wajib solat Jumaat menunaikan kewajipan mereka,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ismail, Iskandar Puteri, Johor,  hari ini. – Berita Harian

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

627,491 akaun TNB dipotong, amaun tunggakan lebih RM1 bilion setakat September

Next Post

Pekerja Muslim yang alami isu diskriminasi solat Jumaat wajib buat aduan kepada JTK – Exco Johor

Related Posts