627,491 akaun TNB dipotong, amaun tunggakan lebih RM1 bilion setakat September

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Selasa – Sebanyak 464,076 akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dipotong dengan jumlah tunggakan sebanyak RM945,435,794 direkodkan pada 2023.

 

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata bilangan akaun yang telah dipotong meningkat kepada 627,491 dengan amaun tunggakan berjumlah RM1,008,771,447 setakat September lepas.

 

“Daripada statistik tersebut, lima negeri yang merekodkan jumlah akaun dan tunggakan tertinggi pada 2023 ialah Selangor, Terengganu, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan.

 

“Manakala sehingga September 2024 pula adalah Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Terengganu,” katanya ketika sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

 

Beliau menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang meminta kerajaan nyatakan jumlah kes pemotongan bekalan elektrik oleh TNB akibat kegagalan membayar bil elektrik dan jumlah tunggakan terlibat mengikut negeri dan kategori pengguna bagi 2023 hingga September 2024.

 

Mengulas lanjut, Akmal berkata, kemungkinan faktor kelewatan pembayaran bil TNB adalah disebabkan kekangan kewangan, sikap tidak bertanggungjawab dan sambil lewa pengguna yang mana kebanyakan nama pengguna berdaftar bukan pemilik premis serta sikap bayar TNB terakhir.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah pengguna TNB secara keseluruhannya adalah seramai 10.4 juta yang mana 8.5 juta daripadanya adalah pengguna domestik manakala 1.9 juta lagi ialah bukan domestik.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Diskriminasi? Puad ajar King Sing jawab pelancong China

Next Post

Tutup, tinggalkan perniagaan untuk solat Jumaat bagi lelaki Islam di Johor

Related Posts