PERKASA desak Anwar pecat King Sing, tarik pingat diraja

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa darjah kebesaran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing ditarik balik. 

 

Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga wajar menggantikan tempat King Sing dengan calon yang lebih layak.   

 

“PERKASA dengan ini menjunjung kasih Raja-Raja Melayu dan memohon untuk menarik balik semua darjah kebesaran yang pernah dianugerahkan kepada Menteri Pelancongan ini. 

 

“Ternyata manusia ini tidak layak untuk menerima darjah kebesaran kerana sejak akhir-akhir ini, banyak kenyataan yang dikeluarkan menimbulkan keresahan kepada rakyat Malaysia. 

 

“Lagi membimbangkan ianya juga menyentuh isu raja, kaum dan agama (3R) serta menunjukan kelakuan yang keterlaluan dan tindakan yang tidak bijak,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini mengulas kegusaran King Sing terhadap penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

King Sing berkata tindakan penguatkuasaan DBKL terhadap papan tanda dwibahasa mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas.

 

Katanya, ia mewujudkan persepsi negatif di kalangan pelancong yang mempersoalkan keterangkuman Malaysia sebagai negara berbilang kaum.

 

Irwan Fahmi berkata kenyataan King Sing itu mengundang keresahan dan mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia.

 

Katannya, kenyataan terbaru King Sing yang tidak bersetuju dengan penguatkuasaan papan tanda dwi bahasa jelas menghina perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. 

 

“Malah dakwaan sesetengah pelancong antarabangsa rasa tergugat apabila datang ke negara ini kerana dikatakan ekstrem kepada sesuatu kaum adalah sangkaan jahat menteri.

 

“PERKASA mendesak mana-mana individu yang tidak menghormati kedudukan Perlembagaan Persekutuan maka individu itu harus dihukum kerana tidak layak bergelar rakyat Malaysia. 

 

“Sekiranya seseorang itu pernah dikurniakan darjah kebesaran daripada Raja-Raja Melayu maka berhak Raja-Raja Melayu menarik balik darjah tersebut,” katanya. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gabungan NGO Melayu kesal tindakan Kerajaan Selangor wartakan kubur mangsa 13 Mei jadi tapak kubur bukan Islam

Next Post

Penggantungan keahlian Tajuddin ditarik balik serta-merta – Asyraf Wajdi

Related Posts