Mahkamah arah KDN pulangkan jam tangan Swatch Pride yang dirampas

BANGI, Isnin – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan kerajaan memulangkan 172 jam tangan termasuk koleksi Pride Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd yang dirampas pada Mei tahun lepas.

 

Keputusan itu selepas mahkamah membenarkan semakan kehakiman syarikat Switzerland itu mengembalikan jam tangan pelbagai warna pelangi – yang menjadi simbol komuniti LGBT.

 

Hakim Amarjeet Singh mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulangkan jam itu dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

 

Pada tahun lalu, pegawai penguat kuasa KDN merampas koleksi jam tangan terbabit antara 13 dan 15 Mei dalam serbuan di 11 kedai Swatch di Pavilion, KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah.

 

Kemudian pada 10 Ogos tahun lepas, kerajaan mewartakan pengharaman mana-mana jam tangan Swatch atau bahan berkaitan termasuk kotak yang mengandungi pengaruh LGBT di bawah Seksyen 7 AKta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

 

Dalam afidavitnya, pengurus Swatch Malaysia, Martin Issing menegaskan bahawa sebelum serbuan, jam tangan itu dijual secara terbuka di Malaysia tanpa sebarang kejadian. – Malaysakini

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel lumpuhkan hospital Gaza, bunuh lebih 1,000 petugas kesihatan

Next Post

Sibuk papan tanda Mandarin, Maszlee tuntut kad prestasi menteri

Related Posts