Oleh: Azzman Jamal
BANGI, Khamis – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan kajian bagi menilai dan menyemak sama ada pindaan terhadap Akta Hasutan perlu dibuat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia bagi memastikan supaya akta itu seiring dengan peredaran masa dan disertakan kesalahan elemen agama, kaum dan raja (3R).
“Susulan kajian tersebut, pelbagai libat urus dengan pemegang taruh telah dan sedang diadakan terutamanya berkaitan undang-undang yang boleh membendung kesalahan terhadap perkara yang menyentuh elemen 3R,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis yang dimuatnaik dalam laman sesawang Parlimen.
Beliau menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh yang meminta kerajaan menyatakan sama ada bercadang untuk meminda Akta Hasutan untuk seseorang tertuduh relevan untuk pembelaan seorang tertuduh.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI