Mufti Perlis putuskan hisap rokok elektronik, vape adalah haram

Oleh: Wartawan Pertiwi 

 

BANGI, Rabu  –  Tindakan menghisap rokok elektronik atau vape adalah haram dan dilarang berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti tersebut pada 2022. 

 

Mufti Perlis Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, jawatankuasa fatwa merumuskan amalan pengambilan vape sebagai haram berdasarkan kesimpulan pakar kesihatan bahawa ia memberi kesan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.

 

“Saya baca fatwa (berkaitan) vape ini, Islam melarang Muslim menggunakan apa-apa bahan yang terbukti merosakkan diri atau orang lain tanpa justifikasi yang dibenarkan syarak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis Tahun 2024 di Dewan Warisan, Kangar, Perlis pada Selasa. 

 

Jelas Mohd Asri, keputusan pengharaman vape yang dimaklumkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bagaimanapun belum lagi digazetkan buat penguatkuasaan undang-undang di negerinya. 

 

Namun katanya, ianya lebih kepada  pemakluman terlebih dahulu kepada orang ramai bagi memberi kesedaran kepada orang ramai. 

 

Sebelum ini media melaporkan, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan sepenuhnya. 

 

Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkatkan di Pahang, terutama dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK).

 

Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.

 

“Alat vape ini adalah alat yang merosakkan kesihatan. Saya akan menyuarakan kepada kerajaan supaya vape perlu diharamkan secara total,” titah baginda ketika pada Majlis Pengurniaan Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) 2024 di sebuah hotel di Kuantan, Pahang pada Isnin. 

 

Sumber: BERNAMA 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan dalam fasa akhir muktamadkan Mykad generasi baharu

Next Post

Guan Eng tuntut Fadhlina jelaskan rombongan delegasi Afghanistan pimpinan Taliban

Related Posts