GERAKAN dakwa pengiktirafan UEC tidak jejaskan integrasi perpaduan antara kaum

Oleh: Wartawan Pertiwi 

 

BANGI, Isnin –  Pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bukan penghalang kepada integrasi dan perpaduan nasional antara kaum di negara ini, kata GERAKAN. 

 

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau berkata, UEC tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak termasuk dari parti komponen Perikatan Nasional.

 

Beliau berkata demikian bagi membidas dakwaan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang menyatakan UEC mampu menjadi penghalang kepada pembentukan perpaduan nasional antara kaum. 

 

“GERAKAN mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadi garis panduan yang kita rujuk, bagi kami UEC bukan halangan (integrasi dan perpaduan nasional).

 

“Tak betul juga hendak mengatakan pelajar ada sijil UEC dan ke sekolah vernakular tak fasih bahasa Melayu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan Gerakan ke-52 di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur semalam. 

 

Sebelum ini, Razman Zakaria di laman Facebooknya berkata, pengiktirafan Sijil UEC sebagai salah satu peperiksaan di dalam sistem pendidikan di negara ini akan melebarkan lagi jurang integrasi nasional dan menghalang kepada pembentukan negara bangsa. 

 

“Adakah UEC ini  boleh membantu kepada integrasi nasional, mewujudkan negara bangsa, sepertimana sistem pendidikan di Indonesia dan Singapura yang dapat membentuk negara bangsa mereka sendiri,

 

“ Tetapi UEC ini masih mahu masuk di dalam sistem pendidikan negara, walhal silibus yang ditentukan di dalam UEC tidak mengikut silibus pendidikan kebangsaan,”

 

Dengan itu, beliau menzahirkan kebimbangan sekiranya kerajaan meneruskan tindakan mengiktiraf UEC kerana mereka turut mendapat peruntukan daripada kerajaan walaupun dikategorikan sebagai swasta. 

 

“Kita bimbang ada pula desakan, lulus pengajian UEC ini mahu diterima di dalam kerajaan,” ujarnya.

 

Sumber: FMT 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pengadu tarik laporan, mahkamah tangguh kes hasutan kasino Forest City

Next Post

Kerajaan Melaka tarik balik gelaran ‘Datuk’ CEO GISBH

Related Posts