JUMAAT, 19 NOVEMBER 2021 : Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 fasa dua Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) RM500 akan dibuat mulai Selasa depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu bakal memanfaatkan lebih sejuta peniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro yang layak.
“Bayaran ini merupakan lanjutan daripada bayaran fasa pertama RM500 yang telah dibuat pada September lalu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.