Wanita maut dihempap kontena, pemandu tunjuk ‘peace’ di mahkamah

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Pemandu kontena yang mengakibatkan kemalangan maut di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sempat menunjukkan isyarat “peace” ketika dibawa ke mahkamah hari ini. 

 

Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan membenarkan suspek direman empat hari bermula hari ini bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan, lapor Malaysia Gazette. 

 

Suspek, 51, yang tiba di perkarangan mahkamah pada 8.20 pagi tadi sempat menunjukkan isyarat “peace” kepada jurugambar yang cuba merakamkan gambarnya. 

 

Polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sehingga reman yang akan berakhir pada Ahad ini. 

 

Ketua Polis Seberang Perai Tengah semalam mengesahkan pemandu kontena yang mengakibatkan wanita berusia 21 tahun maut di tempat kejadian sudah ditahan. 

 

ACP Helmi Aris berkata ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati lelaki itu bebas daripada pengaruh alkohol. 

 

Kontena yang dipandu lelaki itu semalam terbalik ketika membelok laju di persimpangan lampu isyarat Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam. 

 

Kontena yang terbalik itu menghempap dua kenderaan menyebabkan seorang wanita maut manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 25 tahun cedera. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bagai pohon zaitun, duta ikrar Palestin tidak akan hilang

Next Post

ATM tambah pegawai, anggota LLP pantau pegawai kadet di ALK-UPNM

Related Posts