Oleh Wartawan TV Pertiwi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada ahli keluarga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Perdana Menteri berkata kerajaan mengiktiraf jasa dan sumbangan Allahyarham kepada negara terutama semasa menjadi Menteri Kewangan.
“Terima perkhabaran pemergian Tun Daim setibanya di Lima, Peru. Salam takziah buat keluarga Allahyarham,” coretnya di Facebook miliknya hari ini.
Tun Daim meninggal dunia pagi tadi pada usia 86 tahun ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Petaling Jaya akibat angin ahmar.
Allahyarham yang sebelum ini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara selepas solat Asar.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI