KUALA LUMPUR, Rabu – Najib Razak sudahpun dihukum – dan selepas itu ada pihak khususnya pakatan harapan mendakwa ia kejayaan mereka sehingga memasukkan Najib ke penjara dan terus memulakan gerakan mereka untuk mempengaruhi rakyat Malaysia mengundi PH pada PRU 15 akan datang.
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya menangkis sekeras-kerasnya kenyataan yang berbaur kemenangan PH dan didakwa memberi keuntungan kepada PH.
Sebaliknya, kata beliau keuntungan sebenar adalah kepada rakyat keseluruhannya untuk mengetahui kebenaran dan bukan seperti dakwaan pihak pembangkang berkenaan.
“Tidak bagi saya, ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak, ini untung kepada rakyat dan rakyat keseluruhannya dan bukan pada ph tidak itu bagi saya ianya adalah statement yang dibuat oleh penyokong PH lah tetapi sebenarnya pada saya benda ini membawa kebaikan kepada rakyat secara keseluruhan.
HAJI AMINUDDIN YAHAYA/ Pengerusi pertubuhan-pertubuhan (PEMBELA)
Belia menyarankan agar rakyat tidak perlu terlalu yakin saat hal ini berbangkit yang melibatkan pihak PH.
Menurut beliau PH juga mempunyai banyak lagi kes kes dakwaan rasuah tertunda yang membabitkan pemimpin tertinggi mereka.
“ Sebab kita kena ingat, PH juga mempunyai banyak kes-kesnya, yang masih lagi berjalan di court jadi itu menunjukkan bahawa, bukan semua orang, jadi kalau kes sebenar yang berlaku dahulu kita tengok walaupun dia berjaya membongkar kes kes ini tapi dalam masa yang sama, pimpinan atau kerajaan PH juga telah menghapuskan atau membebaskan banyak kes kes yang sepatutnya dibebaskan termasuklah kes Lim Guan Eng, jadi itu salah satu lah kes yang betul-betul memperjuangkan keadilan itu boleh dipersoalkan juga bagi saya lah.
HAJI AMINUDDIN YAHAYA/ Pengerusi pertubuhan-pertubuhan (PEMBELA)
Aminuddin turut berkata, kes kes mahkamah ini melibatkan tentang parti mana, yang jelas mempunyai kadar integriti yang tinggi serta tidak memilih mana-mana bulu saat menjalankan operasi politik di negara ini.
Beliau jelas menyatakan, perkara ini bukanlah mesej baharu buat rakyat saat melihat UMNO dan PH mula membersihkan ahli-ahli sebelum bertanding.
Terdahulu, beliau turut menyarankan seluruh rakyat untuk tidak alpa, di mana sewaktu zaman ph, bangkitnya penularan gejala LGBT, kes ancaman terhadap agama dan umat Islam, serta pendanaan wang rakyat kepada pihak sekolah swasta dan vernakular
Rakyat sangat fobia dengan kes kes itu sendiri dan sukar untuk dilupakan saat era pemerintahan kerajaan PH ketika itu.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/