PEJUANG tuntut janji Anwar enggan salah guna Akta Hasutan

Oleh Kamil Awang

 

KUALA LUMPUR, Jumaat — Parti PEJUANG menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan janji untuk tidak lagi menyalah guna Akta Hasutan. 

 

Ketua Penerangannya, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Akta Hasutan terus digunakan untuk menyiasat kenyataan pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan. 

 

“Mengapa sehingga kini masih ada penyokong Anwar bersungguh-sungguh membuat laporan polis kepada pengkritik kerajaan?

 

“Seharusnya pihak polis bila menerima laporan daripada penyokong kerajaan, mereka perlu berani menyatakan tanya semula kepada Perdana Menteri.

 

“Kita berasa terkilan kerana kerajaan hari ini yang terbentuk berdiri atas hak kebebasan bersuara dan berkumpul,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini. 

 

Beliau berkata demikian selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi susulan kenyataannya pada 27 Julai lalu. 

 

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948. 

 

Rafique berkata pemimpin kerajaan hari ini perlu sedar bahawa merekalah golongan yang paling lantang menuntut Akta Hasutan dimansuhkan. 

 

“Hari ini kebanyakan mereka duduk di kerusi empuk berhawa dingin, disediakan pemandu dan bergaji besar. 

 

“Adakah mereka lupa mereka menggunakan rakyat untuk duduk di Putrajaya?

 

“Apabila mereka berada di sana, mereka melupakan rakyat dan pentingkan diri sendiri,” katanya kepada pemberita.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jenayah seksual kanak-kanak meningkat kepada 1,567 kes pada 2023 – DOSM

Next Post

Lagi kes tekap seterika panas, kadet UPNM buat laporan polis

Related Posts