JUMAAT, 24 DISEMBER – Sistem tebatan banjir dalam Projek Canal City sepatutnya dibuat bagi mengelakkan banjir besar yang berlaku di Selangor.
Bekas Pengurus Sumber Air TNB, Mohamad Fuad Omar ketika dihubungi berkata, berkemungkinan sekiranya Selangor mempunyai sistem tabatan banjir yang baik tidak berlaku bencana banjir yang teruk seperti yang berlaku hari ini.
Mohamad Fuad Omar, Bekas Pengurus Sumber Air TNB berkata :
“Perlu tak perlu dia mesti buatlah pasal yang tu yang menjadi projek by pas mula-mula projek GPS tapi biasalah kerajaan taka da duit jadi dia projek jadi dia private dekat Gamuda MNC jadi makna kata tu yang jadi tanah 2 tingkat atas tu kereta bawa lencongan banjir konsep itu mungkin sama bagi saya
Sehubungan itu katanya, sistem terowong smart untuk mengelakkan Kuala Lumpur dilanda banjir perlu dibina di Selangor terutamanya di kawasan Shah Alam bagi mengelakkan bencana banjir teruk berlaku.
“Adakah kerajaan Selangor atau pusat buat by past macam smart tunnel pun macam tu juga dia by pas Ampang boleh masuk KL jadi macam tulah yang mana 40 kawasan KL baru ni kering sebab masuk dalam smart tunnel masalahlah smart tunnel tu ke mana masuk dalam Sungai Klang balik jadi dia hand up balik dekat Shah Alam dengan Klang.”