Israel bunuh 53 rakyat Gaza, 21 penduduk Lubnan

 Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Rejim Israel membunuh sekurang-kurangnya 53 rakyat Gaza dan 21 penduduk Lubnan dalam serangan pada Ahad.

 

Tentera Israel mula menyasarkan sekurang-kurangnya lima rumah di Beit Lahiya dengan puluhan rakyat Palestin berada di bawah runtuhan.

 

Rejim itu juga menyasarkan sebuah sekolah perlindungan PBB menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan warga Palestin terbunuh, antaranya tiga wartawan dan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.

 

Kejadian ini berlaku di tengah-tengah sekatan 23 hari dan pengepungan di utara Gaza yang tiada makanan dan air dibenarkan masuk ke kawasan itu.

 

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Lubnan berkata Israel membunuh sembilan orang dengan 38 lain cedera dalam serangan di Haret Saida.

 

Serangan kira-kira 60 kilometer (37 batu) dari sempadan Israel itu, memusnahkan sepenuhnya tingkat atas sebuah bangunan tiga tingkat selain bangunan berhampiran turut terjejas.

 

Manakala, sekurang-kurangnya tujuh yang lain termasuk seorang jururawat dan tiga penyelamat terbunuh di perkampungan selatan Ain Baal dan lima di Burj Al-Shemali.

 

Selain itu, serangan Israel turut menyasarkan di Ain Baal dan Burj Al-Shemali yang menyebabkan seorang jururawat dan tiga orang lain yang berada di kawasan berkenaan terbunuh.

 

Sumber : Al Jazeera & Arab News

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel berperang tanpa hala tuju jelas – Menteri Pertahanan Israel

Next Post

Kibar bendera Palestin kerana solidariti, kibar bendera China sebab apa?

Related Posts