Israel berperang tanpa hala tuju jelas – Menteri Pertahanan Israel

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant (kiri) bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant meminta Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu menjelaskan semula objektif peperangan selepas negara haram itu melancarkan serangan terhadap Iran pada Sabtu lepas.

 

Perkara itu diluahkan Gallant menerusi satu surat yang diutuskan kepada Netanyahu apabila berpandangan negara haram itu kini sedang dikemudi tanpa ‘kompas’.

 

Dalam surat yang disiarkan oleh akhbar Israel, Haaretz, Gallant menuntut Netanyahu menjelaskan empat matlamat baharu dalam serangan yang dilaksanakan di Gaza, Tebing Barat, Lubnan dan Iran.

 

Namun begitu, Pejabat Perdana Menteri Israel menyifatkan surat oleh Gallant itu sebagai mengelirukan.

 

“Ada satu hala tuju, iaitu objektif peperangan dimuktamadkan oleh Kabinet Keselamatan. 

 

“Objektifnya sering dinilai dan terus dikembangkan,” kata Pejabat Perdana Menteri Israel sebagai maklum balas surat Gallant yang disiarkan Haaretz. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Polis tahan dua lelaki letak kepala khinzir di kedai roti canai Kajang

Next Post

Israel bunuh 53 rakyat Gaza, 21 penduduk Lubnan

Related Posts