BANGI, Jumaat – Tindakan sekumpulan individu yang berarak sambil mengibarkan bendera China di menara condong di Teluk Intan mencetuskan tanda tanya di media sosial.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada perbuatan itu dibuat oleh penduduk tempatan atau individu dari negara luar.
Menerusi video berdurasi 1.43 minit itu, turut dipaparkan tarian naga dan percikan bunga api serta mercun sekali gus menyebabkan kawasan lalu lintas menjadi sesak.
Sambutan berkenaan merupakan Sambutan Guan Gong Sedunia yang berlangsung pada 24 Oktober 2024.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI
#benderaChina #TelukIntan #PestaTanglung