Kibar bendera China: Ketua Pemuda UMNO gesa tindakan berat terhadap penganjur

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Jumaat – Pihak kerajaan dan polis digesa mengambil tindakan terhadap pihak yang menganjurkan perarakan sambil mengibarkan bendera China di Teluk Intan, Perak.

 

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, seluruh Pemuda UMNO Perak telah digerakkan untuk membuat laporan polis supaya pihak penganjur disiasat seterusnya dikenakan hukuman seberat-beratnya. 

 

“Apa kejadahnya ini? Sebelum ini bendera China dikibarkan dalam sekolah, kali ini bendar China dibawa berark di atas jalan pula?” soal beliau dalam hantaran video yang dimuat naik dalam Facebook beliau hari ini.

 

Pada masa sama, Pengerusi Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua menganjurkan perarakan itu telah memuat naik kenyataan mohon maaf.

 

Menurut beliau, tindakan mengibarkan bendera negara China itu tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.

 

“Saya ingin memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh rombongan negara China pada malam perarakan yang berlangsung pada 24 Oktober lepas.

 

“Sambutan Guan Gong Sedunia adalah program yang berlangsung sejak bertahun dan dianjurkan di pelbagai negeri.

 

“Dalam setiap program, pihak pengelola akan mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme dan perarakan di Teluk Intan adalah tidak terkecuali,” katanya dalam kenyataan tersebut.

 

Bagaimanapun, Akmal menegaskan bahawa permohonan sahaja tidak memadai dan pihak penganjur wajar dikenakan tindakan.

“Kita minta pihak polis untuk buat siasatan dan mereka ini didakwa dan dikenakan hukuman berat di bawah Seksyen 124b Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun,” tegas Akmal.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Video sekumpulan individu berarak sambil kibar bendera China cetus tanda tanya

Next Post

DPMM: PMKS Bumiputera perlu lebih masa laksana gaji minimum baharu

Related Posts