Hizbullah beri amaran kepada Israel, masih ada kekuatan untuk lawan

Hizbullah memberi amaran bahawa kumpulan pejuang itu masih mempunyai kekuatan ketenteraan untuk membalas serangan negara haram Israel dengan kapasiti yang lebih berkesan. 

 

Menurut kenyataan yang dilaporkan media antarabangsa, kumpulan yang berpangkalan di Lubnan itu berkata, mereka kini mempunyai peluru berpandu dan teknologi dron yang lebih canggih, malah tidak teragak-agak untuk menggunakannya.

 

Laporan itu dianggap sebagai satu mesej daripada Hizbullah  bahawa mereka boleh memberi ancaman kepada Israel meskipun beberapa pemimpin mereka dibunuh oleh rejim Zionis itu.

 

Pada akhir September lepas, media antarabangsa melaporkan pembunuhan Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah dan Hashem Safieddine yang dikhabarkan menjadi pengganti Hassan.

 

Menurut laporan Hashem dibunuh dalam serangan di Dahiyeh pada 3 Oktober lepas.

 

Israel juga telah mensasarkan infrastruktur ketenteraan Hizbullah di selatan Lubnan yang terletak berhampiran dengan sempadan negara haram Israel, selain Dahiyeh di selatan Beirut.

 

Hizbullah semalam melepaskan 39 peluru berpandu terhadap Israel sebelum melancarkan 27 lagi peluru berpandu hari ini. Serangan itu dijangka berterusan. – Aljazeera

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kenang janji lama, Apek Cina rindu Anwar 11 tahun lalu

Next Post

UEC: “Kenapa begitu taksub dengan silibus pendidikan luar negara?” – PERKASA

Related Posts