GAZA, 24 Rejab – Seorang komander Gerakan Islam Palestin (Hamas) yang sebelum ini dilaporkan dibunuh tentera Israel selepas operasi di Jabalia pada bulan Mei lalu, didakwa ditemui hidup.
Laporan dari saluran media Israel, Ynet News, menyatakan bahawa Hussein Fayyad, yang dikatakan sebagai komander dalam Batalion Beit Hanoon, dilihat hidup dalam sebuah video.
Pejuang Islam itu menghadiri pengebumian di utara Gaza di mana beliau menyampaikan ucapan mengenai “kemenangan” ke atas Israel dalam peperangan.
Pada 23 Mei tahun lalu, tentera Israel mendakwa telah membunuh Fayyadh di dalam sebuah kompleks bawah tanah di bandar utara Jabalia.
Ikuti media sosial TV PERTIWI:
https://x.com/TvPertiwi
https://www.instagram.com/tvpertiwiofficial/
https://t.me/tvpertiwi