Ahli ekonomi selar data DOSM, T15 bukan rujuk isi rumah

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Penganalisis ekonomi tidak bersetuju jika status T15 yang digunakan kerajaan merujuk kepada pendapatan isi rumah semata-mata. 

 

Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, data T15 yang diguna pakai Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tidak tepat kerana merujuk pendapatan isi rumah sahaja. 

 

“Status T15 tidak boleh berdasarkan pendapatan isi rumah sahaja. Terdapat banyak faktor boleh ubah seperti saiz isi rumah, lokasi dan banyak lagi.

 

“Penggunaan T15 tidak tepat jika ia merujuk bilangan pendapatan isi rumah DOSM,” katanya seperti dilaporkan NST.

 

Bekas menteri belia dan sukan menggesa kerajaan mengkaji semula definisi T15 selepas dua isi rumah dengan pendapatan RM7,000 tergolong dalam kumpulan itu. 

 

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, golongan profesional tidak wajar digolongkan T15 sekaligus dinafikan pelbagai subsidi disediakan kerajaan. 

 

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat berkata faktor geografi seharusnya menjadi pertimbangan kerajaan dalam menentukan taraf ekonomi. 

 

Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dengan penekanan faktor geografi, seseorang itu dapat dikelaskan berada di kumpulan bandar atau pedalaman.

 

“Peningkatan kos sara hidup berubah secara drastik di kawasan masing-masing dan ia perlu diambil kira.

 

“Kerajaan perlu mengenal pasti dengan jelas siapa yang perlu dibantu dan siapa sebaliknya yang perlu kurang mendapat bantuan.

 

“Dengan cara itu, kerajaan dapat mengoptimumkan perbelanjaan dan mengurangkan pembaziran,” katanya kepada akhbar sama. 

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PERKASA persoal peruntukan RM84 juta kepada Kampung Baru Cina

Next Post

Gaji isi rumah bukan faktor tunggal label T15, kata Rafizi

Related Posts