Saifuddin jawab punca polis guna SOSMA siasat ahli GISBH

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) perlu digunakan dalam siasatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

 

Menteri Dalam Negeri itu berkata perintah reman yang diberikan mahkamah tidak memadai dalam melengkapkan siasatan ke atas semua ahli GISBH yang ditangkap. 

 

“Kita menggunakan kaedah biasa namun saiz tangkapan begitu ramai. Kita akan minta reman, kemudian mahkamah akan memberikan tujuh hari.

 

“Kita belum selesai, kita minta tambahan. Mahkamah beri tujuh hari, ada yang beri lima hari, kita minta tambahan lagi, ada mahkamah bagi tiga hari.

 

“Ini tidak sempat habis kerana jumlah yang ramai. Sebab itu kita lihat ada elemen seperti ia dilakukan secara berkumpulan melibatkan jenayah,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan menteri berhubung isu GISBH di Dewan Rakyat semalam. 

 

Katanya, Seksyen 130V Kanun Keseksaan sesuai digunakan agar selepas tamat tahanan reman, mereka yang disiasat boleh terus ditahan di bawah SOSMA. 

 

Dalam persidangan sama, Ahli Parlimen PKR, Hassan Karim berkata SOSMA tidak wajar digunakan kerana terdapat peruntukan undang-undang lain yang lebih sesuai. 

 

“SOSMA adalah undang-undang berkaitan dengan ancaman kekerasan, keganasan, keselamatan negara. 

 

“Soalnya adakah penyelewengan ajaran agama GISBH ini termasuk kesalahan keselamatan?” katanya yang turut meminta penjelasan Saifuddin.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemandu wanita langgar 3 pelajar UiTM Dungun hingga maut didakwa membunuh

Next Post

Adik Presiden UMNO daftar ahli PAS seumur hidup

Related Posts