KL Tenggelam : Hujan lebat sejak awal pagi

[arve url=”https://youtu.be/sDBrMWY5iDE” /]

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, Selasa – Beberapa kawasan di sekitar ibu negara serta Selangor mengalami banjir kilat termasuk kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, selain penutupan Lebuhraya Smart Expressway (SMART) sebagai persediaan operasi banjir.

 

Keadaan banjir yang teruk sejak awal pagi tadi turut melibatkan laluan Parlimen sehingga menyebabkan persidangan dewan hari ini dilewatkan bermula jam 10.30 pagi.

 

Selain, Universiti Malaya (UM) turut mengalami banjir teruk dan kenderaan tidak boleh memasuki pintu utama UM.

 

Sementara itu, pada jam 10.55 pagi tadi keadaan sekitar Taman Keramat AU3, Kuala Lumpur  memperlihatkan air sungai sudah melimpah berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

 

Orang ramai diingatkan untuk berhati-hati terutamanya mereka yang berada di jalan raya dalam kawasan ibu kota berikutan banyak kenderaan dilaporkan tersekat akibat banjir.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

#KLBanjir #HujanLebat #Parlimen

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Serangan Israel : Tentera pengaman kekal di Lubnan – PBB

Next Post

Selepas sekat bantuan kemanusiaan, Israel bunuh 29 lagi rakyat Palestin di utara Gaza

Related Posts