Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Jumaat – Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran bahawa ancaman kebuluran membuatkan G4z4 kini diambang kematian menjelangnya musim sejuk.
Jelas WFP, sejurus tiba musim sejuk, seluruh rakyat G4z4 hanya mampu berjuang untuk bertahan hidup susulan merebaknya isu kebuluran dan kesejukan yang melampau.
Menerusi kenyataannya di laman X pada Khamis, WFP turut menyuarakan kebimbangan kepada dunia untuk segera menghentikan kengerian peperangan yang berlaku dan membawa lebih banyak lagi bekalan dan bantuan dalam menghadapi cabaran.
Tegas WFP lagi, satu juta rakyat G4z4 berisiko untuk kehilangan sokongan penting seperti makanan, perubatan, keperluan harian sekiranya aliran bantuan tidak disambung semula.
Ia susulan, bantuan kemanusian yang memasuki Semenanjung G4z4 semakin merosot ke paras yang terendah dalam beberapa bulan yang memaksa WFP menghentikan pengagihan bungkusan makanan pada Oktober.
Untuk rekod, kira-kira 100,000 tan makanan ditempatkan di pelbagai koridor seperti di Jordan, Bandar Ashdod dan Mesir yang mencukupi untuk memberi makanan lebih sejuta orang selama lima bulan.
Namun disebabkan kawalan di pintu masuk lintasan penghantaran bantuan telah dihadkan, makanan tidak dapat dibekalkan kepada rakyat G4z4.
Setakat ini, Al Jazeera merekodkan sekurang-kurangnya 42,065 rakyat G4z4 disahkan terbunuh dan 97,886 lagi mengalami kecederaan sejak 7 Oktober tahun lalu.
Sumber: Al Jazeera, X World Food Programme
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#PBB #WFP #Makanan #Bekalan #Kemanusian