Oleh : Nur Arrish
BANGI, Selasa – Selepas pembunuhan beberapa pemimpin Pal4stin dan H1zbullah akibat serangan dipercayai dilakukan oleh Isr4el, giliran pejuang H1zbullah pula kehilangan pemimpin mereka, Hassan Nasrallah.
Serangan pada Jumaat lalu menyaksikan kekejaman Isr43l yang sebelum ini berikrar menyasarkan siapa sahaja yang menentang mereka.
Pada serangan di ibu pejabat H1zbullah di selatan Beirut itu, selain Nasrallah, komander tertinggi Hizbvllah Ali Karki, yang mengetuai serangan di bahagian selatan negara itu turut terbunuh.
Walaupun kenyataan Hizbullah sebelum ini tidak menyatakan bagaimana Nasrallah dibunuh namun sumber berkata, mayatnya tidak mempunyai sebarang luka dan sepertinya punca kematian adalah trauma akibat kekuatan letupan.
Apakah kejadian terbaru ini bakal mencetuskan perang yang lebih besar?
Menurut Pensyarah Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, UNIMEL Prof Kamaruzaman Yusoff suasana yang hangat ketika ini di Asia Barat tidak akan sampai mencetuskan perang dunia ke tiga, setakat ini berdasarkan petunjuk kepada pendirian Iran.
Beliau yang juga pemerhati politik Asia Barat berkata, Israel akan tetap bertindak lebih agresif dan ia memberi kesan lebih besar kepada keselamatan di Asia Barat.
Israel juga cuba memprovokasi untuk mencetuskan keterlibatan Iran dalam kancah di Asia Barat namun, sikap Iran yang seolah tidak mengendahkan provokasi itu kerana dipercayai tidak mahu terperangkap dalam kancah perang yang terjadi ketika ini.
Beliau yang ditemui TV Pertiwi berkata ini kerana setiap langkah Iran hanya akan memberikan laluan kepada Amerika Syarikat untuk menyertai peperangan berkenaan.
“Iran nampak mengambil tindakan yang lebih waras, dia tidak menyerang terus Amerika, Israel tetapi menggunakan proksi bermakna Iran tidak bersedia memasuki kancah peperangan yang lebih besar. Jadi , strategi yang dibuat oleh Israel ini, iaitu membunuh Nasrullah dan masuk ke Lubnan memang tujuannya supaya ia boleh trigger Iran supaya Iran memasuki dalam peperangan untuk memberi ruang kepada Amerika dan mencetuskan peperangan yang lebih besar tetapi Iran masih belum bersedia untuk meneruskan peperangan begitu tapi masih menggunakan proksi,” jelas beliau.
“Maka apabila satu pihak menggunakan proksi dan satu pihak lagi gunakan proksi, dan tidak datang secara langsung. Walaupun Amerika bawa armada di laut, sekarang sudah memasuki Laut Mediterranean. Britain pula bawa kapal untuk masuk walaupun ia berkata untuk mengangkut penduduknya keluar dari Lubnan, jadi keadaan masih tidak stabil, masing-masing ambil sikap tunggu dan lihat. Masalah Israel akan bersikap agresif dan memberi kesan kepada keselamatan di Asia Barat.”
Nasrallah, yang menjadi Setiausaha Agung Hizbullah sejak 1992, memainkan peranan penting dalam pergerakan penentangan dari Lubnan, terutamanya dalam konfrontasi dengan tentera Israel.
Rakaman menunjukkan kesan bom yang dibedil israel ke atas lokasi Allahyarham Hasan berlindung, hancur.
Kawah yang dalam juga terbentuk memperlihatkan kuatnya bom yang meledak dikatakan berkekuatan 40 tan.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#TVPertiwi #Lubnan #HasanNasrallah #bunuh #Hizbullah