Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Selasa – Persatuan Peguam-Peguam Muslim (PPMM) bersedia untuk membantu individu yang dipercayai menjadi mangsa penindasan oleh Kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dengan memberikan nasihat guaman secara percuma.
Setiausaha Agung PPMM Danial Farhan berkata, bantuan yang ditawarkan bertujuan membantu mangsa menuntut hak sehingga mendapatkan keadilan sepenuhnya.
Ujarnya, usaha ini dijalankan menerusi kerjasama antara PPMM bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan menubuhkan Pusat Rundingcara dan Mediasi MAIWP-PPMM yang bertujuan memberikan bantuan nasihat guaman dan mediasi percuma kepada asnaf di Wilayah Persekutuan dan Selangor.
“Mangsa atau mana-mana asnaf yang memerlukan bantuan nasihat guaman dan mediasi percuma boleh berhubung dengan talian pejabat PPMM di talian nombor yang tertera iaitu 010-241 9880 atau boleh sahaja terus emel di alamat [email protected],” katanya dalam kenyataan.
Sumber: Kenyataan Media Persatuan Peguam-Peguam Muslim (PPMM)
#GISBH #PPMM #Guaman #Keadilan #MAIWP #MAIS
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
ENDS/