Oleh Yusre Mize
NILAI, Rabu – Pejuang H4ma5 dan rakyat P4lestin telah memperoleh kemenangan dalam perang Taufan al-Aqsa sejak 7 Oktober 2023.
Pensyarah Kanan Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Ts Dr Abdelrahman Ibrahim Suleiman Islaieh berkata operasi Taufan Al Aqsa juga adalah medan yang menunjukkan kegagalan tentera rejim I5r43l, malah mereka malu besar dengan kekalahan itu.
Bagaimanapun kata beliau, kedegilan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang tidak mahu mengaku kalah terus kekal membedil bumi Gaz4 sehingga menyebabkan 41,909 mangsa telah terkorban.
Jelas Abdelrahman, serangan demi serangan yang dilakukan oleh Israel sememangnya mampu membunuh rakyat Gaz4 dan membinasakan rupa bumi GAza tetapi tentera Z10n15 tidak mampu menawan Gaz4 yang sangat kecil meskipun sudah puluhan tahun rampasan tanah Palestin iaitu sejak tahun 1948.
“Taufan al-Aqsa dimenangi oleh rakyat Palestin. Kita sudah menang pada 7 Oktober 2023 pukul 6 pagi ketika pejuang memasuki kawasan Yahudi.
“Setiap kemerdekaan ada harganya yang mana kita perlu korbankan kerana tiada benda yang boleh didapati dengan percuma. 41,000 orang rakyat Palestin yang terkorban adalah harga yang dibayar untuk kita kekal mempertahankan tanah wakaf ini,” katanya ketika ditemu bual di USIM pada Isnin sempena perkembangan setahun Taufan al-Aqsa.
Ditanya mengenai gencatan senjata, berkata Hamas setuju untuk mencapainya tetapi Netanyahu sendiri yang mahu menyambung perang dan pemimpin Israel itu tidak serius untuk melaksanakan gencatan senjata tersebut.
Ini terbukti apabila terlalu banyak proses rundingan dilakukan Israel dan sering berdolak dalik dengan pelbagai syarat -syarat baharu dan tidak bersetuju dengan syarat yang telah ditawarkan kepada kedua-dua belah pihak.
Beliau turut menjangkakan serangan demi serangan terhadap Palestin akan terus dilakukan Israel.
Dalam pada itu ujar Abdelrahman, kesengsaraan yang dihadapi rakyat Palestin hari ini bukan dilalui mereka dalam tempoh baru setahun tetapi sudah 17 tahun mereka terpaksa hidup di penjara paling besar di dunia itu.
Malah katanya, rakyat Palestin bukan hanya berdepan dengan Israel tetapi melawan satu entiti yang lebih besar iaitu Zionis dan negara-negara yang menyokong mereka bagi merealisasikan agenda besar.
“Bukan hanya negara haram Israel yang kita lawan, kita berdepan Amerika Syarikat, Britain dan banyak lagi negara yang bersekutu dengan mereka tetapi Palestin melawan mereka dengan senjata yang dibuat sendiri tanpa bantuan luar.”
“Projek Israel Raya (The Greater Israel) bukan hanya menyasarkan Gaza dan keseluruhan Palestin, ia turut meliputi dari Sungai Nil ke Euphrates, merangkumi bahagian Mesir, Lubnan dan Jordan.
“Israel tidak akan berhenti hanya di Palestin dan Lubnan tetapi terus akan masuk Syria,” tambah Abdelrahman.
Setakat ini media melaporkan sekurang-kurangnya 41,909 orang terbunuh dengan 16,756 adalah kanak-kanak dan 97,303 cedera dalam serangan Israel sejak Oktober 2023.
#TVPertiwi
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.
Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi
#H4mas #BebaskanP4lestin #TaufanAlAqsa