Iran salahkan PBB biar Israel serang Lubnan

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

Iran meletakkan kesalahan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kerana gagal mengekang serangan 15r43l ke atas Lubnan.

 

Menteri Luarnya, Seyyed Abbas Araghci berkata selain UNSC, masyarakat antarabangsa juga dilihat berdiam diri terhadap serangan Israel ke atas Hezbvllah.

 

“Pencerobohan berterusan terhadap Lubban didorong oleh kegagalan masyarakat antarabangsa terutamanya UNSC untuk menuntut 15r43l bertanggungjawab,” katanya.

 

Seyyed Abbas berkata demikian dalam mesyuarat tergempar UNSC yang diadakan pada Rabu bagi membincangkan konflik di Lubnan yang semakin meruncing.

 

Menteri Luar, Imigrasi dan Ekspatriat Mesir, Badr Ahmed Mohamed Abdelatty pula melihat krisis di Lubnan mampu merebak ke rantau Arab, lapor Xinhua.

 

“Apa yang kami lihat di Lubnan berkemungkinan merebak ke kawasan lain di rantau ini jika masyarakat antarabangsa tidak menghentikan mesin kematian,” katanya.

 

Perancis semalam mencadangkan gencatan senjata 21 hari di Lubnan di saat angka kematian serangan 15r43l terus meningkat.

 

Lebih 600 penduduk Lubnan dilaporkan terbunuh, 1,800 mangsa lagi dilaporkan cedera dan 150,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

 

#TVPertiwi #Lubnan #UNSC #PBB #Israel

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA.

Klik http://www.wasap.my/60185772915/iklanpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Orang Cina akan ikut jejak kaum India tinggalkan PH-BN, kata Ramasamy

Next Post

Thailand luluskan perkahwinan sesama jenis 

Related Posts